Pages

Labels

Search

Dapatkan Update Musik kamu setiap hari.

Page List

Ads

Silahkan chat dengan saya jika status On-Line

Trending Template

Partisipasi anda adalah kebanggaan bagi kami

Popular Template

Keberhasilan bukanlah stempel sejak lahir, tetapi hasil kerja keras kita dari lahir.

Recent Post


Andriani,S.Kom.
Ekabriyanti,S.Kom
Dwi Handayani,S.Kom
Rina Widyaningsih,S.Pd
Tri Kristiantoro,S.Kom
LABORAN KOMPUTER Maryono,A.Md

Pesan & Komentar


ShoutMix chat widget

Labels

Senin, 31 Agustus 2009

10 Tips Hotspotan di Free Hotspot Area


Saat ini hot spot WiFi semakin banyak tersedia di berbagai tempat umum, tetapi setiap kali anda melakukan sambungan pada suatu hot spot sebenarnya anda membahayakan PC atau laptop anda sendiri. Hot spot adalah jaringan terbuka yang tidak menggunakan enkripsi sehingga ketika anda terhubung dengan pengguna hot spot lain, maka mereka dapat menyusup dan menimbulkan kerusakan pada komputer anda.

Tetapi jangan sampai hal ini menyebabkan anda takut terhadap berbagai hot spot karena ada beberapa cara untuk mengamankan komputer anda ketika anda terhubung pada hot spot, yaitu:

1. Matikan ad-hoc mode WiFi : WiFi berfungsi dalam 2 mode yaitu infrastructure mode, yang anda gunakan ketika terhubung dengan suatu jaringan dan ad-hoc mode, ketika anda terhubung secara langsung pada komputer lain. Jika anda menyalakan ad-hoc mode maka ada kemungkinan seseorang di dekat anda menggunakan koneksi ad-hoc tanpa sepengetahuan anda dan mereka dapat masuk ke PC anda dengan bebas. Jadi jangan lupa untuk mematikan ad-hoc mode, caranya:
1. Klik kanan pada ikon wireless di system tray
2. Pilih Status
3. Klik Properties
4. Pilih tab Wireless Network
5. Pilih sambungan jaringan anda saat ini
6. Klik Properties, lalu klik tab Association
7. Hilangkan tanda centang pada kotak “This is a computer-to-computer (ad-hoc) network”.
8. Klik OK dan terus klik OK sampai semua kotak dialog menutup

2. Gunakan sebuah Wireless Virtual Private Network (VPN) : Ketika anda berada pada sebuah area hot spot, orang lain dapat melihat password, user name, email dan apapun yang anda lakukan secara online. Salah satu cara terbaik untuk melindungi diri anda sendiri adalah dengan sebuah menggunakan wireless VPN yang mengenkripsi semua informasi yang anda kirim dan terima secara online. Salah satunya adalah Hotspot VPN yang menggunakan software VPN yang ter-built in pada XP sehingga anda tidak perlu mendownload softwarenya.

3. Gunakan USB flash drive yang terenkripsi : Untuk perlindungan maksimal, gunakan sebuah laptop yang benar-benar bersih dan hanya memiliki aplikasi OS saja didalamnya, lalu masukkan semua data anda ke dalam USB flash drive yang terenkripsi. Dengan begitu, jika seseorang mencoba menyusup ke PC anda maka mereka tidak akan dapat membaca atau mengubah data anda.

4. Gunakan personal firewall : Firewall akan melindungi anda dari siapapun yang mencoba masuk ke komputer anda sekaligus mencegah spyware atau Trojan dari PC anda untuk melakukan koneksi keluar. Untuk keamanan maksimal jangan hanya tergantung pada firewall XP yang satu arah, tetapi gunakanlah firewall lain yang bagus ZoneAlarm menyediakan firewall gratis yang cukup bagus.

5. Matikan file sharing : Dengan mematikannya anda telah membantu mencegah orang lain mengambil file dari system anda. Untuk mematikannya pada windows explorer, klik kanan pada drive atau folder mana saja, pilih sharing & security dan hilangkan tanda centang pada kotak “Share this folder on the network.”

6. Pastikan hot spot yang anda gunakan resmi : Tanyalah kejelasannya terlebih dahulu pada bagian informasi di mal atau kafe tempat hot spot tersebut karena salah satu modus penipuan hot spot adalah adanya seseorang yang memasang sendiri suatu hot spot di tempat umum untuk mencuri data atau informasi pribadi anda.

7. Matikan wireless adapter anda jika sedang offline : Jika anda sedang tidak terhubung ke internet pada sebuah area hot spot, lebih baik anda mematikan wireless adapter anda. Pada XP klik kanan pada ikon wirelesss dan pilih Disable.

8. Gunakan enkripsi email : Aktifkan enkripsi email pada saat anda sedang berada di area hot spot. Pada Outlook 2003 pilih Options dari menu Tools, klik tab Security dan berikan tanda centang pada kotak “Encrypt contents and attachments for outgoing messages.” Lalu klik OK.

9. Perhatikan sekeliling anda : Untuk mencuri password dan user name anda, orang lain tidak harus menggunakan cara-cara teknis dan sebenarnya mereka hanya cukup mengintip sedikit saja ketika anda sedang mengetiknya.

10. Jangan pernah tinggalkan laptop anda : Tentu saja hal ini tidak hanya mengundang hacker saja tetapi juga pencuri.

Rabu, 12 Agustus 2009

KENALI TENKNOLOGI WI-FI

Apa itu Wi-Fi? Wi-Fi semakin popular dan menjadi perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT pada masa kini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi? Kali ini anda boleh mengetahui apa itu Wi-Fi secara ringkas.

Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dank ad Wi-Fi yang diinstal di dalam computer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam computer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku.

Menerusi spefikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan computer tersebut. 802.11 pula merujuk kepada spefikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE (Institute of Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spefikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11Mbps di dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di mana teknologinya lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 atau WECA

Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan ke jalurlebar) manakala Wi-Fi pula digunakan dalam rangkaian Lan tanpa wayar (menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. WLAN pula adalah merujuk kepada rangkain komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep WLAN adalah sama dengan LAN misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya cuma dari segi medium iaitu WLAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.

Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas di mana titik capaian disediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke internet menerusi gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi boleh didapat di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utam seperti StarBucks Coffe dan tempat-tempat tumpuan umum seperti komples membeli belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.

Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua-duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop dan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologi ini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak. Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang mendapati bahawa kedua-duanya adalah bebas dari gangguan. Selain daripada itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan kedua-dua teknologi ini.

Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza diantara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP (Voice Over IP) dimana spesifikasi dan keperluannya adalah sama sekali berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua0dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital masa kini.

Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS (United Parcel Service) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian WLAN yang menggunakan teknologi Wi-Fi untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain diseluruh dunia
Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian kita seperti boleh melayari internet di mana-mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu dikongsi dengan staf-staf yang lain.

Selain itu, dengan adanya teknologi-teknologi ini ia juga telah dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini. Teknologi Wi-Fi ini juga menyediakan lebar jalur yang besar, di mana perpindahan data dapat dilakukan dengan pantas dan cepat. Malah penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan. Maka dengan ini jelas menunjukkan bahawa teknologi Wi-Fi dan bluetooth ini banyak membantu dan memudahkan kerja seharian manusia hari ini.